aku hanyalah seorang pengembara di bumi Allah yg fana..
~yakin pada Allah bknlah mengharap terkabul segala hrpn..yakin pada Allah bkn mgharap keindahan nikmat..yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pd ketentuanNya..rasa bahagia dgn ujian walaupun perit..disitu air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka..indahnya tarbiyah Allah..tersirat rahmat dan ujian..diuji kita sbg tanda sygNya..~

Followers

Thursday 29 July 2010

Kembalilah pd Tuhanmu...





arini rse terpanggil utk share dgn sahabat2 bloger sekalian tentang mslh zina dan pembuangan bayi yg semakin berleluasa kini..sy rse terpanggil utk mnulis bdasarkn pgalaman mgu lps myertai projek penyelidikan bru di Universiti ttg punca kpd punca berlakunya zina.

sy, Dr. Fazilah,Dr.Kam, Dr.Khalim, Dr.Hasnan n seorg lg sahabat tlh terlibat dlm sesi menemuramah mereka2 yg tlh terlanjur...mereka semuanya berumur seawal 13 tahun hgalah yg berumur 50 thn..nauzubillah...hati rse ckp tersentuh melihat mereka..ada yg mengandung bbrp bulan..dan ad yg mghitung hri utk melahirkn..jls terpancar dlm diri mereka kekesalan yg xmgkin mereka lupakan...luka dihati yg mgkin mmakn mse utk dirawt..mereka semua terlalu naif dlm mgenal erti cinta seorang lelaki dan akhirnya akibat itu mereka yg tpksa tgg..

dlm kekusutan...sy cbe merungkai dan mncari jwpn knp mereka mereka mlakukn perkara yg dilaknat Tuhan...sy cbe mberi nasihat seboleh yg mmpu krn kbykn dlm diri mereka tlalu byk dendam pd insan yg bnama llaki yg mghancurkn hidup mereka...nasihat sy pd mereka..4get the past..Allah itu Pyayang..Allah itu pgampun..bgunlah krn mse dpn anda..pjalanan anda masih jauh..jgn pernh risau akn siapa jodoh kamu....namun utk berkata2 bg kita mmg ckp mudah..bg mrk yg menanggung..hny mrk yg merasai derita dn sengsaranya..sy cb brmain psikologi dgn mereka..sy fhm..tlalu byk pkare yg mereka pndam yg tdk semuany dpt mereka ceritakn..biarlh..biarlh itu mnjd rhsia atr mereka dgn Rabb..tp mereka ckp beruntg krn Allah terlalu sygkn mereka...pintu taubat terbuka luas utk mereka..untuk mendapatkan seseorg yg soleh kita dahulunya perlu menjadi seorg yg solehah...
Wahai wanita SOLEHAH,
jangan risau akan jodohmu..
kerana muslimin yang bijaksana itu,
tidak akan terpaut pada wanita
hanya pada kecantikan,
lirikan senyuman,
bicara manja yang menggoda,
pujuk rayu yang meruntun iman...

Sesungguhnya..
lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita,
andai belum sampai jodohmu,
anggaplah bahawa adam yang kau nantikan itu,
sedang membina sahsiah kepimpinannya
bagi dirimu..

Kerana pada wanita itu
pasti ada kekurangannya,
dan adam yang benar-benar layak
akan hadir untuk melengkapkan mu..
dan ketika itu kamu akan merasai
begitu indahnya dunia ini
apabila dipertemukan dengan jodoh yang
SOLEH..
pesanan sy buat wanita2 di luar sane..jagalah diri dan maruah anda dan bg mereka yg terlanjur..pcayala pintu taubat sntiase terbuke..kmbalilah ke pangkal jln..simpan rapi2 ape yg tlh tjadi..biarla ianya antr anda dan Allah taala..Allah tdk ske apabila aib hambaNya dibuka dan dicanang merata..pohonlh ampun pd ayh bonda yg sdh tercalar hati mereka krn anda...maafkanlah pd mereka yg tlh mnclrkn maruah anda..serahkn semuany pd DIA..maafkn...maafkn jga utk diri anda dek krn degilnya sekeping hati..bgunlah..bgkitlah..jgn sesekali jatuh ditmpt yg sme...yakinlh pd jnji Allah..prempuan yg baik psti Allah tkdirkn ut llaki yg baik..Allahua'lam...

Tuesday 27 July 2010

warkah buat calon zaujku (suamiku)





Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..selawat serta salam buat junjungan mulia kekasih teristimewa.....
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat calon suamiku, wlupun diri ini blum dimiliki oleh sesiapapun...moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang yg telah dicatat Allah sejak di luh mahfuz lg, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,” Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
Calon zaujku,
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh keluarga yang disayangi. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ... "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21) Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua ibu dan ayah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ... ”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160) Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul, " Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih) Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh. “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1) Calon Suamiku yang dirahmati, " Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34) Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah. Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata.Jterlalu Ketahuilah, Benar?! aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini. Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan. Wassalam .::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::. ~tulang rusuk kirimu~ pertemuan... menghadiahkan kita kasih sayang... jika cinta satu pasti bertemu... ia tidak ternilai... kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalah cinta kasih Ilahi... kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita... jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi... biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu...berpisah tak gelisah...

Friday 23 July 2010

Cuti2 Malaysia....





salam hujung minggu yg indah..ditemani kicauan burung dan unggas di perbukitan ilmu bangi ni..rsenye mcm bru sekejp berada dibumi barakah ini..sedar xsedar dah hampir 5tahun aku kt cni...arini xde pe sgt ilmu yg nk dikongsi..otak still beku lg dek cuti yg panjang..so nkla share pe yg dibuatnye cuti panjang kali ni..dkt seminggu jgkla dkt rumah..cuti kali ni kami ke kelantan ngan family..pgi umh ank angkt mak..bjalan2 pusing KK..KB..ke rantau panjang shoping..wakaf che yeh..aku xla teruja sgt sbb dh biase pgi klntan ni..cme adik2la yg jarang dpt bjalan..aku ni mmg dh kaki bjalan..hihi..sehari suntuk jgkla kami bjalan..wlupun agk pnt..tp puas hatila dpt ronda2 K.B..pepun tme kasih sgt dkt umi, papa,long.. ayah teh n sumela yg bwk kami jln2 mse dkt KB..thanks tok nsi kerabu..delicious...ade mse nti kami roud tour lg p klntan...smptla kami bgmbr kngn dkp pokok durian yg blom msk...ai kempunan ktorg sume..hehe..nila atr rombongn kami...my mum, adik yam, kirah, pikah, mokteh n akula..yg pki tudung merah tu ummi..very nice..n yg laki sorg tula ank ksygn mak aku..haha...long nmenye...nme glamour tu..haha...klu nme xglamour xyahla introduce..nti rmai plak yg bkenan...payah...haha...Blik je KB aku dh skit kpale..mne taknyer...esok ade interview..dahla bjalan sakan, badan pon dh pnt..blazer plak lupe nk wt blik..klm kabut aku p pinjam blazer umh kwn mak..nseb baik ade..xprepare pepun..cme ade ckit2 dlm kple..klu ade rzeki adela..jmpela bdk2 yg same2 accesment dkt tlok kalong ari2..diorg yg blaja oversea mmg mantap2 semua..nk bnding ktorg yg blaja dlm ngri ni mmg jauh beze...pepun kne yakin dgn diri..ble time nk interview aku masuk ngan slamber jela..ciap dok sembang ngan org interview tu..mak oi yg interview tu pesuruhjaye...suh bce kitab arab...aku pon kelentongla mne yg aku taw..haha..sengal je..nsib baikla mse kt u aku ni byk pgg jwtn..diorg tny aku aktif sukan ke.,.aku ckpla aku ni msuk kawad je msuk kt u..haha..blh pcaye ke??pcayela...xdela aku jwb kt diorg thn 1 aku pgg jwtn exco siswi, thun 2,3, Exco daerah Dungun n Kemaman..so mmg btol2 bz..xsempatla nk maen sukan..dah bisla part interview..wlupun aku rse mcm xinterview pon...sbb aku yg slmber or yg interview tu yg slmber..xtawla..ade rezeki adela...sje cube nasib..next interview plak under JAKIM..13.08 yg ni lg mantap..i'll try my best..aku mmg ske bab2 cri pglmn ni...
bis interview kami p pantai plak..p tangap ketam..nek motor btige ngan cik nab n kak long..adoih mcm knk2 ribena jer..smpi jer kt pantai kami pon memulakan operasi menangkap ketam..pandai ke aku..pgg ketam pon takt..haha..nila antara rombongan kami mngkp ketam...
yg dlm air tu aniq haikal...bdk yg kuat mkn..ahnaf faizal or lbih glamour lg kitorg pngill abangku..c.t nurjiha zulaikha..luqman hakim, maryam,haha..yg sorg lg tu kak long aku.skema btol nme pnuh lg introduce..bg glamour ckit bdk2 ni..si ahnaf ni pnakut ckit..smpi dlm air di dok asyik pgg aku..haha pnakut btol..pnt aku lyn bdk2 ni...

sempat lg bgambr dlm air ni..thanks la cik nab sbb amik gmbr kitorg smpi gambo mu pon xd dlm ni..hihi...dh pnt cari ketam ni nk tgkx hasil tangkapan kami...jeng3.....mst truje nk tgk kan...

haha...5,6 ekoq jer dpt..kaka...lucu btol...nk amik gmbr pon ketam tu blh lari lg...kami pon pe lg...mnamatkan riwyt hidup ketam2 ni...haha..kejam btol mnsia ni..cian dkt ketam..aku xmkn..rse je..he...inilah riwyt ketam yg tlh dihabisi oleh ank2 kpg sura....
alahai..cian kt ketam...actually aku nkp ampang ni..ade knduri...sempat jgkla merapu merepek dkt blog ni...maafla andai arini blog ini tdk bgitu ilmiah disbbkan aku cuti panjang..otak pon dh sdkit beku..pasni habisla aku kne mnjwb ngn prof...nk wt cmne..UKM tu kan bapak aku pny..hihi..sengal je kan jwpn..nsib baekla prof dh knl aku ni..pljr die yg cmerlg, gmilg n tbilang..haha..msuk bakul angkat sdiri...
okla sblm ttp entry kali ni...hayatilah gambr keindahan ciptahan Tuhan ni...aku bbangga krn tgl bdekatan dgn laut...lautan ciptaan Tuhan..ade ombak pasang n surut..ibaratnya kehidupan kte sbg mnsia yg ade pasang dan surutnya...okla jmp lg...siiru'alabarakatillah...illal liqa'...


Tuesday 13 July 2010

Selamatkah Diri di Padang Mahsyar?






Selamatkah Diri di Padang Mahsyar?

Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur Align Centrebinasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin
Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah
mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya :" Wahai nyawa yang
telah keluar dari badan,tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang
telah buruk, urat yang telah putus berkecai,kulit-kulit yang telah pecah
hancur,rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani
hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!
"
Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat
langit,didapati langit berjalan-jalan,mereka lihat bumi,didapati bertukar
wajah, tidak seperti bumi yang dahulu, Dilihat bintang-bintang, semuanya
telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api
yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah
berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka
sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan
kiamat. Lantas mereka berkata :" Inilah dia sebagaimana yang telah Allah
janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."
Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran : " Mereka berkata:
"Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur
kami (kubur ) ?"
(Yassin: 52 )
Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian,tidak berkasut dan
sebagainya.Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun
dibadan.Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam - macam
rupa.
1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka
membuat fitnah kepada orang lain.
2. Adayang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan
hukuman.
3. Adayang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.
4. Adayang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka
lakukan.
5. Adayang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan
sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang
bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang
diucapkan.
6. Adapula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.
7. Adayang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada
ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai.
Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat. ( mencari
kemewahan dunia dengan memperalatkan agama.)
8. Adaseperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang.
Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.
9. Adayang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-cerita
dalam masjid akan hal dunia.
10. Adayang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.
11. Adayang tidak bertangan dan tidak berkaki.Mereka ini suka menyakiti
orang-orang sekampungnya.
12. Adayang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang
(lalai dalam sembahyang)
13. Adapula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala
jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat.Mereka ini di
dunia payah hendak mengeluarkan zakat.
14. Adayang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari
mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
15. Adayang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk
dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan
manusia, tidak takut pada Allah.
16. Adayang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang ini
selalu sanggup untuk bersaksi bohong.
17. Adayang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari
dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.
18. Adapula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit.
Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu suka
berbuat zina semasa hidup.
19. Adayang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka.
Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
20. Adapula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka
inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya..
21. Adayang gigi mereka seperti tanduk lembu,lidah mereka terjelir hingga
ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka
adalah orang yang suka meminum arak.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan
bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama
manusia.

WASALLAM

Sunday 11 July 2010

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

Assalamualaikum Sahabat2 sekalian,

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH
berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi.
Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha
mencari keredhaanNya.


3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya
dalam dirinya.


4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami
akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan
fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.


6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan
mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang
lainnya sebagai simbolik kesopanan.


7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH
akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah
untuk menerokai pelbagai ilmu.


8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai
pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun
hingga
jumaat berikutnya-Ahmad.


9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan
izin
ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.


10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk,
beliau membasahi janggutnya-Tirmizi


11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia
makan
dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu
pemberian orang lain.


12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3
jari(ibu
jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @
5
jari kecuali ada keperluan


13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali
pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti
yang dihadapi oleh para nabi


14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali
pada
air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh


15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat
banyak
fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH
catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.


16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap
selepas
solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi
apa jua masalah


17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat
berjemaah
supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa
seketika bersama makmum


18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu


19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda
makan
dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu
kenyang & mudahkan penghadaman


20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap
selesai
solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp
sebarang
bencana


21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan
menghembuskannya.
Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang
berkaitan
dengan hidung


22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim)
tiga
kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75
kali sehari


23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari,
ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya
fitnah


24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan -
Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang
berada di kiri badan) mengepam darah


25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu
membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat
keampunan
daripadaNYA


26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan
An-Naas
lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon
perlindunganNYA) - Bukhari


27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
ALLAH


28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub.
Nabi
menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu
mandi wajib jika ingin tidur


29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin,
akan
terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang
melalaikan


30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat
melihatNabi
berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang
terdedah aurat) - Bukhari


31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh
Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)
daripada
baginda SAW


32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah)
-
Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit
tetapi maknanya yang menyeluruh


33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi
SAW
dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari


34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim)
tiga
kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar
75
kali sehari


35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi
memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak
bosan (atau tersinggung) - bukhari


36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali
tiap
selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan
dosa-dosa
kecil seseorang


37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila
Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana
dibimbangi terpercik) - Abu Dawud


38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah
berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya


39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak
100
kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
keadaan bercahaya - Abu Naim


40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima
hadiah & amat menghargainya - Bukhari


41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka
baginya


42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu &
jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih


43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu
sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda
penghormatan) - Muttafaq Alaih


44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari
tak
kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak
penyakit berbahaya yang lain


45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering
melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda
syukur
hamba terhadap ALLAH - Abu dawud


46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu
meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan
hajatnya


47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila
mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika
salamnya tak berjawab, beliau beredar


48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya
dalam
kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap
selesai
solat Maghrib


49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu
itu
adalah sedekah-Ad-Dailami


50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik
dengan
senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan
usaha yang berterusan.


Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :

1. Sekadar Membaca Artikel ini untuk panduan anda.
2. Forward Artikel ini kepada kenalan anda dan Insya ALLAH redha Allah
akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.











Monday 5 July 2010

Bila Al Quran Mula Bersuara

Waktu engkau masih kanak-kanak............. kau laksana kawan sejatiku Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang Aku,kau junjung dan kau pelajari Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari Setelah selesai engkau menciumku mesra Sekarang engkau telah dewasa.............. Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku... Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji....... Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu. Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian. Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman. Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau..... Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan... Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah). Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu Mengasyikkan. Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku......... E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV. Menonton siaran telivisyen Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah Waktupun cepat berlalu......... Aku semakin kusam dalam laci-laci mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali Itupun hanya beberapa lembar dariku. Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku Atau waktu kematian saudara atau taulan mu Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu? Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu... Setiap saat berlalu... Dan akhirnya..... kubur yang setia menunggu mu........... Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati... Di kuburmu nanti.... Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat. Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu. Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari. Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci. Yang berasal dari Allah Azzawajalla Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu....... Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu. Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu. Sentuhilah Aku kembali... Baca dan pelajari lagi Aku.... Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil Di surau kecil kampungmu yang damai Jangan aku engkau biarkan aku sendiri.... Dalam bisu dan sepi....