aku hanyalah seorang pengembara di bumi Allah yg fana..
~yakin pada Allah bknlah mengharap terkabul segala hrpn..yakin pada Allah bkn mgharap keindahan nikmat..yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pd ketentuanNya..rasa bahagia dgn ujian walaupun perit..disitu air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka..indahnya tarbiyah Allah..tersirat rahmat dan ujian..diuji kita sbg tanda sygNya..~

Followers

Wednesday 20 January 2010

PESANAN BUAT ADAM DAN HAWA


Dari Hawa untuk Adam…
Adam ku,
Kau sebenarnya imam dan aku makmum mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punyai kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu 9, nafsumu 1. akalku 1, nafsuku beribu-ribu. Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.
Adam ku,
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akanku aminkn doamu agar kelak luas syurgaku. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajjud bersamamu, agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yaasin dan memahami al-Quran. Kau ajarlah aku mengalunkan jantung kitab Allah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
Adam ku,
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutkan dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selmatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju nur al-jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabi’atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa’adiah dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidupmu Adamku.
Bingkisan tulus dari Adam buat Hawa…
Hawa ku,
Meski aku Adam, gagah pada luaran, adakalanya aku juga tewas dalam godaan. Walau aku pemimpin Khalifah bagimu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu.Nafsuku 1, akalku 9, namun yang 1 itu sering menjadikan aku di luaran kawalan. Kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawai, lemas dalam dunia sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya disebalik seorang lelaki, berdiri seorang wanita.
Hawa ku,
Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan kalamullah, agar dapat aku memandumu ke syurga al-Jannah. Sedarkan aku agar mengejar keredhaan ar-Rahman, agar hidup aku sentiasa aman. Bangunkan aku bertahajud bersamamu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untukku. Aminkan bacaan doaku, moga nanti luas syurgamu. Taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milikmu.
Hawa ku,
Aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. Aku suka jika kau tidak sesuka ahti menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zaujmu kelak. Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi. Aku kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriatku penuh dengan kesantunanmu. Aku lebih suka kata-kataku berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga dirimu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol mar’a fatonah. Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi, siramlah ahti dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah. Agar kelak tidak dipandang leamh. Meski kau dicipta daripda rusukku yang bengkok, namun ada ketika tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. Oleh itu, ingatlah aku Adammu yang sering leka dan alpa. Kelak Hawa ku ini bakal menghuni al-Firdausi.
Moga impian kalian semua untuk mencari cinta yang diredhai kan termakbul. Mudah-mudahan coretan ini sedikit sebanyak mengajar kita bermuhasabah diri dalam merebut sekeping hati seorang insan yang kita cintai. Insya-Allah sinaran cinta Ilahi yang dicari akan ditemui. Sematkan pesanan ini dalam hati agar kita saling mengingati, kebahagian hakiki akan dapat diraih.

Segenggam garam

Suatu ketika, hiduplah seorang tua yang bijak.Pada suatu pagi,datanglah seorang anak muda yang sedang dirundung banyak masalah.Langkahnya longlai dan air muka yang pucat tak bermaya. Tamu itu,memang tampak seperti orang yang tak bahagia.Tanpa membuang waktu, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impianya tidak tercapai.

Dia gagal dalam kehidupan dan percintaan. Pak Tua yang bijak, hanya mendengarkannya dengan teliti dan seksama. Ia lalu mengambil segenggam garam, dan meminta tamunya untuk mengambil segelas
air.Ditaburkannya garam itu ke dalam gelas, lalu kacaunya perlahan dengan sudu."Cuba, minum ini, dan katakan bagaimana rasanya..",ujar Pak tua itu. "Masin sampai pahit, pahit sekali", jawab tetamu, sambil meludah ke samping. Pak Tua itu, sedikit tersenyum. Ia, lalu mengajak tamunya ini,untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan dekat tempat tinggalnya. Kedua orang itu berjalan beriringan, dan akhirnya
sampailah mereka ke tepi telaga yang tenang itu.Pak Tua itu, lalu kembali menaburkan segenggam garam, ke dalam telaga itu.
Dengan sepotong kayu,dibuatnya gelombang mengacau dan tercipta riak air, mengusik ketenangan telaga itu."Cuba, ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Saat tamu itu selesai meneguk air itu, Pak Tua berkata lagi,"Bagaimana rasanya?"."Segar.", sahut tamunya."Apakah kamu merasakan garam di dalam air itu?",tanya Pak Tua lagi."Tidak", jawab si anak muda.Dengan bijak, Pak Tua itu menepuk-nepuk punggung si anak muda.Ia lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu."Anak muda, dengarlah.Pahitnya kehidupan, adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang.Jumlah dan rasa pahit itu adalah sama, dan memang akan tetap sama."Tapi, kepahitan yang kita rasakan, akan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki.Kepahitan itu, akan di asaskan dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita. Jadi, saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup,hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan.

Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya" Pak Tua itu lalu kembali memberikan nasihat. "Hatimu,adalah wadah itu.Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu, adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu meredam setiap kepahitan itu dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan." Keduanya lalu beranjak pulang. Mereka sama-sama belajar hari itu. Dan Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan "segenggam garam", untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa. Tentunya banyak pengajaran yang boleh diperolehi daripada cerita ini.