aku hanyalah seorang pengembara di bumi Allah yg fana..
~yakin pada Allah bknlah mengharap terkabul segala hrpn..yakin pada Allah bkn mgharap keindahan nikmat..yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pd ketentuanNya..rasa bahagia dgn ujian walaupun perit..disitu air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka..indahnya tarbiyah Allah..tersirat rahmat dan ujian..diuji kita sbg tanda sygNya..~

Followers

Saturday 23 January 2010

Tabahlah Wahai adikku...

harini rsenye agak sedih...pagi lepas jumpe paksu kt fak bg ubat tuk maksu, aku ke libraray..tmpt biasela ku tuju hari2 minggu cam ni...tgh dok mnaip msj..dpt satu ym dr Nadia..k.kausar, ayah c.t dh mninggal pagi td...innalillahiwainnailaihirajiiuun...
rse nk mgalir kt ctu jgk airmate..tp kutahan...klu aku mnangis, bgaimana pula agknye dgn c.t...
fikiranku melayang ke bumi Jordan...bagaimana agknye keadaan adikku kini..dulu tanpa ibu, dan sekarang ayah pula dipanggil ke pangkuan Ilahi...segera ym ku hantarkan pd c.t...salam takziah dari akk, kuatlah wahai adikku...c.t membalas syukran jazilan kak, doakan sy kuat yer kak lalui semua ni..
ya Allah kau tabahkan hati adikku ini ya Allah...hakikat yg perlu kita trime sbg manusia yg bnama hamba...setiap yg bnyawa..pasti akan mnemui ajalnya..
dikesempatan yang ada....muhasabahlah diri kita...syukur kehadratNya.....moga baki usia yang ada memberi kita ruang dan peluang agar bila kita kembali nanti .....mbawa pahala berganda dalam redhaNya yer dik.....
so pesan akak, selagi kita ada Dia...kuatkn semangat.....terimalh ketentuan dalam redha dan berlapang dada....ingatlh nikmatNya yang banyak untuk kita.....insyaAllah doa ank yg soleh sentiasa bersama mereka...bknkh itu yg tgl bila perginya ank adam mninggalkan bumi yg fana ini..pohonlh padaNya dik....cobaan dtg dlm banyak bentuk......bukankah Dia Penguasa segala.....baik di bumi jua di langit!....
kita hanya musafir di sini....akhirat jua kekal nan hakiki....kejarlah kecintaanNya dik.......tanpa memerlukan cinta insan....melainkan membawa kita padaNya....kekadang kita melihat hijaunya laman org lain....gersangnya pelantaian kendiri....benarkah dik?.....kita meratap sesuatu yang hilang dr tapak tangan......apakah kita layak dik?waima......apakah kita musafir istemewa yg bila kembali , tegak berdiri dipandang Khaliqnya???? kitakah itu adikku?............
percayalah adikku......siapa yang yang mendapat ALLAH.......dia telah mendapat segala-galanya....insyaallah
yang lemah itu diri ini, yang hebat itu Dia...maaf atas sebarang keterlanjuran.......hati2 selalu dan tenang untuk mnruskn cerminan universiti kehidupan
walau di mana dan dalam keadaan apa pun mudah2an dalam rahmat dan pelindunganNya sentiasa.....selagi kita ada Dia....takut...harap dan cinta ......takkan kering dan habis kasih sayang kerana Dialah Maha Kuasa pencipta seisi bumi dan langit.....maha pengampun, pengasih lagi penyayang yer dik...i.Allah awk kuat...al-Faatihah..mg disana mereka ditmptkn bsama org2 yg soleh...

Thursday 21 January 2010

RiNDu

tiba2 aku teringat pada sahabat2ku
terlalu rindu pd gelak tawa mereka
ntah apa khabar mereka skrg
msg2 sdh mbawa haluan
melakar warna khidupan
di sini kutitipkan buatmu sahabat2ku
yg sering mengingatkanku erti sebuah pertemuan
yg tidk lokek dgn nsht tika aku kebuntuan
yg sllu meredekan tika aku dlm tangisan
sungguh aku merindui kalian..
disni kutitipkan sajak buatmu sahabat2ku wlu di bumi mana kau berada

Aku terlalu rindu
Jiwa ku penuh dengan sendu
Menahan sakit rindu yang tidak tertahan
Ingin kucurah namun hajat tak kesampaian

Setiap hari rindu ini kusulam
menjadi bunga kasih di dalam jambangan
tersimpan rapi …bila ingin kusentuh, kukata “jangan”
kerana rindu itu adalah rindu terlarang

Sahabat
dayuskah aku menyimpan rindu?
Pengecutkah aku memendam rasa?
Jangan hadiahkan senyuman sinis mu
Jangan berikan pandangan hina mu
Kerana aku takut pada Tuhanku
Kerana aku takut mendekatkan zina pada diriku
Kerana aku gengam bara syariat hingga bertukar menjadi abu

Hidupkah lagi rindu di hati mereka yang berpacaran?
Masih adakah lagi rindu pada mereka yang sudah puas dengan kemaksiatan?
Indahkah lagi rindu bagi mereka, yang tidak peduli halal haram?
Maka disitu wujudkah cinta yang katanya ingin mencari redha tuhan?
Jauhkan aku dari semua itu wahai tuhanku,
Kuatkan aku yang berada di persekitaran hamba-hamba-Mu yang dahagakan cinta terlarang itu
Biar rinduku terlerai disaat yang haram menjadi halal
Biar rinduku terluah disaat ikatan perkahwinan sudah bersimpul mati

Hiaskan sabar pada rinduku, ya Allah
Indahkan ia dengan ketaqwaan, ya Allah
Moga rindu itu hidup dihati ini
Rindu itu hidup kerana-Mu
Agar bila disatukan,
aku berada di dalam rahmat dan keredhaan-Mu
Agar bila ditakdirkan tiada ikatan,
Aku redha dengan ketentuan-Mu

Ya Allah,
Engkaulah yang mengetahui rindu itu hidup di hati ini
pada hamba-Mu yang sentiasa merindui-Mu.

(Adakah KITA merindui-Nya?? Tepuk dada tanyalah iman kita?)

Wednesday 20 January 2010

PESANAN BUAT ADAM DAN HAWA


Dari Hawa untuk Adam…
Adam ku,
Kau sebenarnya imam dan aku makmum mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punyai kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu 9, nafsumu 1. akalku 1, nafsuku beribu-ribu. Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.
Adam ku,
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akanku aminkn doamu agar kelak luas syurgaku. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajjud bersamamu, agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yaasin dan memahami al-Quran. Kau ajarlah aku mengalunkan jantung kitab Allah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
Adam ku,
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutkan dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selmatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju nur al-jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabi’atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa’adiah dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidupmu Adamku.
Bingkisan tulus dari Adam buat Hawa…
Hawa ku,
Meski aku Adam, gagah pada luaran, adakalanya aku juga tewas dalam godaan. Walau aku pemimpin Khalifah bagimu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu.Nafsuku 1, akalku 9, namun yang 1 itu sering menjadikan aku di luaran kawalan. Kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawai, lemas dalam dunia sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya disebalik seorang lelaki, berdiri seorang wanita.
Hawa ku,
Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan kalamullah, agar dapat aku memandumu ke syurga al-Jannah. Sedarkan aku agar mengejar keredhaan ar-Rahman, agar hidup aku sentiasa aman. Bangunkan aku bertahajud bersamamu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untukku. Aminkan bacaan doaku, moga nanti luas syurgamu. Taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milikmu.
Hawa ku,
Aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. Aku suka jika kau tidak sesuka ahti menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zaujmu kelak. Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi. Aku kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriatku penuh dengan kesantunanmu. Aku lebih suka kata-kataku berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga dirimu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol mar’a fatonah. Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi, siramlah ahti dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah. Agar kelak tidak dipandang leamh. Meski kau dicipta daripda rusukku yang bengkok, namun ada ketika tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. Oleh itu, ingatlah aku Adammu yang sering leka dan alpa. Kelak Hawa ku ini bakal menghuni al-Firdausi.
Moga impian kalian semua untuk mencari cinta yang diredhai kan termakbul. Mudah-mudahan coretan ini sedikit sebanyak mengajar kita bermuhasabah diri dalam merebut sekeping hati seorang insan yang kita cintai. Insya-Allah sinaran cinta Ilahi yang dicari akan ditemui. Sematkan pesanan ini dalam hati agar kita saling mengingati, kebahagian hakiki akan dapat diraih.

Segenggam garam

Suatu ketika, hiduplah seorang tua yang bijak.Pada suatu pagi,datanglah seorang anak muda yang sedang dirundung banyak masalah.Langkahnya longlai dan air muka yang pucat tak bermaya. Tamu itu,memang tampak seperti orang yang tak bahagia.Tanpa membuang waktu, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impianya tidak tercapai.

Dia gagal dalam kehidupan dan percintaan. Pak Tua yang bijak, hanya mendengarkannya dengan teliti dan seksama. Ia lalu mengambil segenggam garam, dan meminta tamunya untuk mengambil segelas
air.Ditaburkannya garam itu ke dalam gelas, lalu kacaunya perlahan dengan sudu."Cuba, minum ini, dan katakan bagaimana rasanya..",ujar Pak tua itu. "Masin sampai pahit, pahit sekali", jawab tetamu, sambil meludah ke samping. Pak Tua itu, sedikit tersenyum. Ia, lalu mengajak tamunya ini,untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan dekat tempat tinggalnya. Kedua orang itu berjalan beriringan, dan akhirnya
sampailah mereka ke tepi telaga yang tenang itu.Pak Tua itu, lalu kembali menaburkan segenggam garam, ke dalam telaga itu.
Dengan sepotong kayu,dibuatnya gelombang mengacau dan tercipta riak air, mengusik ketenangan telaga itu."Cuba, ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Saat tamu itu selesai meneguk air itu, Pak Tua berkata lagi,"Bagaimana rasanya?"."Segar.", sahut tamunya."Apakah kamu merasakan garam di dalam air itu?",tanya Pak Tua lagi."Tidak", jawab si anak muda.Dengan bijak, Pak Tua itu menepuk-nepuk punggung si anak muda.Ia lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu."Anak muda, dengarlah.Pahitnya kehidupan, adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang.Jumlah dan rasa pahit itu adalah sama, dan memang akan tetap sama."Tapi, kepahitan yang kita rasakan, akan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki.Kepahitan itu, akan di asaskan dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita. Jadi, saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup,hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan.

Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya" Pak Tua itu lalu kembali memberikan nasihat. "Hatimu,adalah wadah itu.Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu, adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu meredam setiap kepahitan itu dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan." Keduanya lalu beranjak pulang. Mereka sama-sama belajar hari itu. Dan Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan "segenggam garam", untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa. Tentunya banyak pengajaran yang boleh diperolehi daripada cerita ini.

Tuesday 19 January 2010

SEGALANYA MILIKMU..

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh TuhanAllah. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Monday 18 January 2010

Aku rindu saat itu...

sungguh terasa sedikit kebosanan sekarang..dicampur dengan sedikit kemalasan..ya Allah kuatkan daku untuk terus melangkah mujahadah di bumi ilmu ini..ingin myiapkan tesis sem ini dan viva pada sem hadapan..moga terus diberi kekuatan..
sungguh sebenarnya aku rindu pada waktu2 dulu...aku rindu pd saat itu..blajar diperingkat sarjana tidak menjadikan aku sesibuk dahulu..tiap2 hari lab mnjadi tempat tujuku..sungguh aku rindukan teman2 seperjuangan dengan celoteh2 mereka sebelum kuliah dimulakan..aku juga rindukan aktiviti persatuan..mesyuarat persatuan..sungguh kesibukan itu menjadikan aku seorang yg bijak mgurus diari kehidupan. meskipun sibuk, tetapi aku bahagia..bertemu teman2 seperjuangan, walaupun berlainan bidang, tetapi mpunyai halatuju dan matlamat hidup yang sama iaitu mencari mardhatillah...sungguh aku rindukan saat2 itu bersama kalian..sengaja aku coretkan sedikit luahan hati di blog ini seblum aku mula mnaip tesis lg..ya Allah bantulah hambaMu..tuntunlah langkahku dalam meniti hari2 yg mndatang..yg pasti telah Engkau catatkan setiap takdir yang terindah buat hambaMu ini...

Sunday 17 January 2010

Wanita Cantik Yang Suka Menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya “Ibu,mengapa ibu seringkali menangis?”
“Nak, ini kerana ibu seorang wanita”, kata sang ibu kepadanya.
“Ibu, aku sungguh-gungguh tidak mengertii”, kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, “Dan kau tak akan pernah mengerti wahai anakku”
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, “Ayah,mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?”
“Wahai anakku,semua wanita menangis tanpa alasan”, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lmembesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin mengetahui mengapa wanita menangis sering menangis tanpa alasan...
Untuk mendapatkan jawapan bagi persoalannya itu, lelaki yang telah dewasa itu bermunajat kepada Allah .
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, “Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis ?”
Allah berfirman:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kebahagiaan, kenteteraman dan ketenangan ”
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya “
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap kuat dan teguh ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan keletihan tanpa mengeluh ”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ”
“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”
“Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.”
“Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada.”

Berubah...Jangan Sesali Takdir

Dalam QS. Ar-Ra’d ayat 11 Allah berfirman : “Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. ”

taqdir di bagi dua 1). Taqdir Mubram (tidak bisa diubah; seperti ajal maut) 2). Taqdir Ghair Nubram (takdir yang bisa di ikhtiarkan oleh manusianya sendiri seperti rezeki dsbnya).

Taqdir (Ghair Nubram) sebenarnya ada campur tangan manusia. Apa maksudnya? Seringkali kita mendengar ayat Al-quran yang mengatakan : “Allah tidak akan merubah apa yang ada bersama (keadaan) suatu kaum sebelum kaum itu merubahnya”. Sebenarnya taqdir baik atau tidak, nasib baik atau tidak, sebagian besar tergantung pada manusia. Ada 3 tahap yang dilalui sebelum jatuhnya taqdir manusia, yaitu :

  1. Qauli
  2. Syar’i
  3. Ghaibi

Contoh paling mudah adalah ketika kita melalui suatu ujian. entah itu ujian di sekolah, ujian kehidupan, ujian untuk memasuki suatu perguruan tinggi maupun ujian apa sekalipun. bagaimana caranya kita dapat bernasib baik atau bertaqdir baik adalah melalui proses diatas.

Pertama Qauli. Qauli disini artinya mengusahakan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dengan mempersiapkan segala sesuatu alias belajar dengan baik. Jika kita tidak belajar dengan baik maka jangan salahkan taqdir kalau keputusan tidak seperti yang kita harapkan atau kita gagal.

Jika kita sudah mempersiapkan diri dengan baik langkah berikutnya adalah melaksanakan syar’i.

Syar’i ini adalah bahwa kita tidak boleh meninggalkan ibadah wajib yang telah diwajibkan oleh Allah SWT dan jangan lupa untuk berdoa agar kita diberikan kemudahan dalam melaksanakan ujian dan diberikan hasil yang terbaik. Jika kita tidak melakukan tahap kedua ini dan mendapatkan taqdir yang jelek maka sekali lagi jangan salahkan taqdir. Dan sesungguhnya hanya dengan doa yang terijabah kita dapat merubah taqdir.

Tahap ketiga, Ghaibi adalah keyakinan bahwa apapun yang terjadi adalah kehendak Allah SWT. artinya ketika kita telah melaksanakan tahap pertama dan kedua dengan baik, namun mendapatkan hasil yang tidak baik atau gagal maka itu adalah kehendak Allah, mungkin Allah telah menyiapkan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

contohnya,kita telah belajar dengan baik, mempersiapkan segala sesuatunya dengan baik, berdoa, tidak meninggalkan ibadah wajib bahkan mungkin disertai dengan ibadah2 sunah seperti tahajud namun ternyata gagal atau tidak cemerlang, maka itu sudah kehendak Allah.

Yang pasti Allah akan memberikan sesuatu yang terbaik bagi hambaNya yang bertawaqal. dan yakinlah sesunggugnya, Allah tidak pernah menzalili hambaNya. Setiap kehidupan kita, bagaimana kita mendapatkan rezeki itu juga melalui 3 rangkaian tahapan tersebut. apapun yang terjadi pada diri kita maka 3 rangkaian itu berpengaruh. Termasuk dalam mencari jodoh, mengharungi kehidupan sehari-hari dan sebagainya.

Ada hikmah yang dapat kita ambil dari taujih ini, bahwa kita harus berusaha sebaik-baiknya. Dalam sebuah hadist Qudsi dikatakan bahwa “Allah menyukai seorang pemberi makan kuda karena ia melaksanakan pekerjaannya dengan baik / bersungguh-sungguh”. Artinya meskipun manusia menganggap pekerjaan itu suatu pekerjaan yang mudah jika kita bisa mengerjakannya dengan baik maka Allah akan menyukainya dan akan memberikan rezeki yang halal dan berkah.

melakukan sesuatu secara profesional dan terbaik, sebenarnya telah diajarkan oleh islam. Pasti sering kita mendengar kalimat ini “Jika hari ini sama dengan hari semalam, maka termasuklah kita dalam orang- orang yang merugi, jika hari ini lebih buruk dari hari semalam pula, maka celakalah kita”

dapat dibayangkan jika semua umat islam menyadari hal ini dan dapat melaksanakan setiap pekerjaan yang dibebankan padanya dengan baik maka bisa dilihat dalam waktu singkat umat islam akan maju. Mari bermuhasabah , sudahkah kita melaksanakan setiap pekerjaan dengan baik?

Jadi jangan sekali- kali salahkan taqdir sedang kita tidak berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.

Monday 11 January 2010

sejadah cinta....

YA ILAHI...
Berikanlah padaku cawan kesejukan
untuk meletakkan embun-embun cinta
yang menitis-nitis dalam dinding hatiku
ILAHI...
kasihanilah hambaMU yang lemah ini
Engkau Maha Mengetahui apa yang menimpa dalam diriku
Aku tak ingin kehilangan cintaMU
Tuntunlah langkahku pada garis takdir
yang paling Engkau redhai

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
Disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu