aku hanyalah seorang pengembara di bumi Allah yg fana..
~yakin pada Allah bknlah mengharap terkabul segala hrpn..yakin pada Allah bkn mgharap keindahan nikmat..yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pd ketentuanNya..rasa bahagia dgn ujian walaupun perit..disitu air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka..indahnya tarbiyah Allah..tersirat rahmat dan ujian..diuji kita sbg tanda sygNya..~

Followers

Monday, 18 November 2013

TEPUNG CHEESE KEK....MELELEH...SEDAP DAN HARGA BERPATUTAN



SESIAPA YG BERMINAT...SILA MSJ 0136249065....HARGA BOLEH DISCUSS...ADE PERISA OREN, COKLAT, STRAWBERY DAN PANDAN

Tuesday, 5 November 2013

JOM BELI KEK...MUDAH, CEPAT, MURAH DAN LAZAT

Assalamualaikum....harini nak promote kek la sikit...pada kwn2 yg berminat boleh pm ke fb atau fon saya 0136249065


TEPUNG SEGERA KEK COKLAT MOIST (KUKUS)

TEPUNG SEGERA KEK COKLAT MOIST KUKUS
- Dijual 2jenis - bertopping (rm10/pek) & tanpa topping (rm7/pek).
- Mudahkan anda memasak kek tanpa menyukat2 tepung, serbuk coklat dll.
- Tidak perlu mixer/oven. Amat mudah. Cuma kacau2/gaul & tambah dgn bahan2 yg dinyatakn.. pastu kukus 
- Muat utk kukus dlm loyang kek berukuran diameter 8.5"
- Cara masak akan disertakan dlm setiap pembelian
* Bleh dpt kek dkt 1kg



dah cuba...satu pek boleh dapat 9 BEKAS camni....
amat berbaloi....boleh dijual, untuk majlis2, untuk kenduri, dan dimakan seisi keluarga...
bagi yang nak beli borong pon boleh...bagi putrajaya,banting dan sepang, penghantaran adalah percuma....boleh pm cepat yer....

Tuesday, 12 June 2012

Isteri yang membahagiakan suami

Part I (Bahagian 1)

Menyambut kepulangan suami dengan senyuman dan (1)wajah yang ceria, ditambah pula keikhlasan si isteri (2)berhias dan berwangian pasti melunakkan jiwa dan menggembirakan hati si suami yang dalam kepenatan seusai kerja atau berpergian yang lama.
Daripada Abu Dzar r.a. katanya Rasulullah s.a.w berkata kepadaku: “Janganlah kamu menganggap remeh dengan kebaikan yang kecil, kerana kebaikan yang kecil itu pun akan diberi pahala termasuk menunjukkan wajah yang ceria ketika bertemu dengan saudaramu.” HR Muslim.
Kenapa berhias? Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah Maha Indah dan menyukai keindahan.” HR Muslim.
Ungkapkan kata-kata yang menggembirakan hati suami (Suami ya, bukan lelaki lain) dengan (3)suara yang lembut dan sedap didengar – bukan dengan tempikan atau jerkahan, insha Allah bahtera yang dilayarkan itu sentiasa dalam keadaan aman. Pepatah Melayu ada berkata, bagaimana mahu menambat hati suami kalau bukan dengan (4)masakan isteri bukan bibik ? Menyediakan hidangan dengan penuh perhatian, keikhlasan serta kasih sayang insha Allah mampu mengeratkan ikatan.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada salah seorang kamu yang bekerja dengan berhati-hati.”
Kenapa suara yang lembut kepada suami sahaja? “Janganlah kamu melembutkan suara ketika berbicara sehingga boleh menimbulkan hal yang tidak baik kepada orang yang ada penyakit di dalam hatinya. Tetapi berkatalah dengan kata-kata yang baik.” [al-Anfal 8:30]

Saturday, 26 February 2011

Bingkisan Hati buatmu Ibu..

salam pagi ahad yg indah...bumi barakah ini terasa begitu lengang pagi ini..mgkin memandangkan hari ini adalah hari minggu dan saya keluar untuk mguruskan peserta2 krsus sjak awal pagi lgi..pagi ini terasa begitu lesu dan kurang bersemangat seperti kebiasaannya..sllunya,sylah org yg plg komited dgn kerja..wlupun sbg seorg ktue sy berhak mgarahkan ank2 buah mlakukan kerja2,ttp bg sy slagi bnd itu sy mmpu lakukan sdiri,sy tdk akn myushkan org bawahan sy...

mgu ini sy byk termenunng..mgkin org2 bwhn perasan perubahan skp sy..mgkin sy terlalu teringatkan arwah mak..perginya seorang ibu yg slm ini melahirkan sy,mbesarkan sy,mberi sy didikan agama..ibu tmpt sy bmanja...khilangan seorang ibu di saat sy ingin mbalas semua jasa dan pgorbanannya..dalam usia 48tahun, dia pergi mninggalkan kami adik bradik..dulu dialah tempat sy mluahkan perasaan,tmpt sy mgadu suka dan duka..kini dia pergi..tanpa smpt mlihat ank2 mncapai impian..dia tmpat sy sme2 mbina impian...kini dia pergi tanpa smpt kami laksanakan impian itu..

terasa begitu sebak hati ini..tp mgkin beban ini lg berat untuk dipikul oleh ayah..kdg2 mlihat ayah mnahan sebak demi anak2...kini dialah ayah dan dialah ibu pd adik2...sy mohon pd Allah spy mberi sy kekuatan,mberi adik2 kekuatan..dan yg plg ptg sy mohon pd Allah spy mberikan ayah kekuatan untuk terus tabah mnjalani kehidupan ini..yg pergi biarkan ia pergi..namun kasihnya tetap abadi di hati..doa buatnya xkan pnh henti dikirim..hny itu yg tgl buatnya...bknkah doa ank2 soleh itu tinggalan yg plg berharga buat mereka

sy perlu kuat,perlu lg tabah mnjalani hdup ini wlupun tnp insan yg plg sy syangi..sy akan sll igt pesan arwh mak...apakah manusia mengira mereka akn dibiarkn saja mengatakn: kami tlh beriman lalu mereka tdk diuji?? ssghnya kami tlh mguji mnsia2 sblm mereka dan sesungguhnya Allah mgetahui org2 yg bnr dan berdusta..(al-ankabut 2-3)...inilah tinta cinta dr pmilik cinta agung yang sll arwah pesan buat sy tiap kali sy buntu..tiap kali sy sedih...

wlupun brpisah di dunia ini..doa sy dipertemukan dengan mak di kehidupan yg kedua nnti..jnji sy pd mak, akn sy jd ank yg solehah..akn sy jg adik2..akn sy bahagiakan ayah...akan sy tunaikan wasiat mak yang blm tertunai...ya Allah..smpaikan salam rndu buat mak..mgkin angh bkn ank yg terbaik tp angah cba mnjadi seorg ank yg tbaik..angh doakn mak tenang di sana..ditempatkan bersama2 org yg biman...ameen..al-faatihah....

Sunday, 13 February 2011

Aduhai wanita...

Aduhai wanita... Sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.

Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.

Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.

Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.

Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia.

Friday, 26 November 2010

Kembali Pd Matlamat asal Perkahwinan

salam pagi sabtu yg indah....hasrat di hati usai menunaikan solat subuh mahu ke pekan Banting meronda-ronda di hujung minggu..namun sekitar jam 6.30 mndapat panggilan daripada anak buah mengatakan anaknya tdk sihat...so sy sbg ktue yg btggjwb thdp ank buah perlu mgmbil alih tugasnya wlupun sbnrnya di dalam jadualnya sy akan bertugas bg melaksanakan kursus pra-perkahwinan pd keesokan harinya...namun bgitu ats rsa tggjwb..sy trime semuanya ats rasa amanah dan tanggungjawab pd masyarakat dan juga pada agama..

pgi ini rasenye sy ingin berbicara sedikit mengenai perkahwinan memandangkan sudah hampir sebulan saya ditugaskan mnjadi ketua di unit undang2 keluarga di daerah barakah ini...
sungguh tggjwb yg digalas ckp besar..bermula sbg ketua unit, menjadi kaunselor,pendaftar nikah cerai dan rujuk dan baru2 ini telah dilantik sbg pgawai pnyiasat di bwh sek79 bwh enakmen keluarga Islam Selangor, membuat siasatan perkahwinan sindiket dan byk lg tugas2 yg diamanahkan...

jika dilihat pada statistik masalah aduan rumahtngga, perceraian dan sebagainya yang berlaku, kebanyakan adalah berpunca daripada suami yg tdk bertggjwb dan seringkali apabila ditanya ttg tggjwb pd Allah...masing2 terdiam..seringkali sy mengingatkan pd mereka..knp mereka diuji oleh Allah dgn ujian dan badai dlm rumahtangga mereka?? pernahkah mereka muhasabah diri mereka..bertanya pd diri mereka..di manakah silapnya?? dimanakah silapnya perkahwinan yg mereka bina?? masing2 mahu menuding jari sesama sndiri...suami menyalahkn isteri dan isteri pula adalah sebaliknya..akhirnya..dimana kesudahannya....

acapkali sy igtkan mereka...matlamat asal sebuah perkahwinan bukn sahaja menyatukan dua hati, melangsaikan tuntutan nafsu..ttp saat terlafaznya ijab dan qabul byk lg tggjwb yg perlu dipikul oleh sang suami..bkn shj zahirnya perlu diisi ttp batinnya juga...di mana Allah dlm diri mereka...sll sy mmberi perumpaan..kita ingin nmpk cntik di mata mnusia..ttp adakah kita pernah berusaha utk kelihatan cantik di mata Allah s.w.t...solat itu ibaratnya tiang rumah..jika tdk ckp satu tiangnya..apakah boleh bdiri kukuh sebuah rumah itu...bgitu juga dgn hakikat sebuah rumahtangga..jika si suami sndiri tdk mlksanakan tggjwb dirinya kpd Allah..tdk menunaikan solat, puasa dan sebagainya...bagaimana mgkin mahu mengemudi sebuah bahtera rumahtangga...andai nahkoda itu sendiri pon sudah hilg arahnya..bagaimana lg mahu menyelamatkan penumpang2 di dalamnya...

terkadang sy merasakan sy bukanlah org yg lyk...namun sungguh pgalaman2 mgendalikan mereka mematangkan sy dlm mengemudi kehidupan rumahtge andai ditakdirkan Allah mnjadi seorg zaujah kelak...namun begitu sy sntiasa bedoa..jauhkanlah mskt pd hari ini dari mslh keruntuhan rumahtangga...pernah sy mnasihatkan pd client2 sy..ya hari ini anda mlihat perceraian itu adalah penyelesaian dari segala maslh rmhtga yg dihadapi, penamat kpd rasa dendam kpd sang suami atau isteri...rasa marah dan sebagainya..mereka mgkin tdk mnyedari kesan drp perceraian itu sdiri akn mberi impak negatif dlm hdup mereka pd ms akn dtg..sbnrnye byk lg masalah yg bakal mereka hadapi kelak..

cuma apa yg mmpu sy berikan...skdr kata2 ncht..sy jua mnusia biasa yg byk slh clpnya...namun hakikatnya pd sy..jika kita kmbali pd matlamat asal sesebuah perkahwinan yg sbnr yg telah Allah gariskan..i.Allah sgl mslh yg dihadapi akn dpt dilaksanakan dgn tenang..trimela pasangan anda seadanya..terimalah bahawa dialah tulung rusuk yg Allah ciptakan utk anda..kmbalilah pd Allah..jagalah DIA..i.Allah DIA yang Rahman Yang Rahim akan sentiasa melindungi hidup kita semua...i.Allahutaala ameen...sekadar renungan wt semua
Usah dambakan isteri sehebat Khadijah,Jika diri tidak semulia Rasulullah
..Tidak perlu isteri secantik Balqis,Andai diri tidak sehebat Sulaiman..Usah mengharapkan suami setampan Yusuf,Jika kasih tidak setulus Zulaikha..Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..Usah bermimpi mendapat lelaki seperti Ali,Jika diri tidak sehebat Fatimah...

smpi cni dlu skdr coretan bg mgisi masa smntara mnunggu peserta2 kursus bereht..smpi jmpe lg..siirualabarakatillah...wsalam.....

Saturday, 30 October 2010

Di sini perjuanganku bermula

sobahannur....wt sume shbt2 blogger skalian..rsenye sudah agk lme tdk mnulis....dek krn tgjwb yg smakin besar tergalas di bahu sy...terkadang merasakn kerdilnya sy sbg hamba...mmpukah sy mggalas tggjwb yg diberikan..

perjuangan sy bru shj bmula sbnrnye..bmula sy ditemptkn oleh federal di Jakim sehinggalah khidmat kami diperlukn di daerah2 yg smakin kritikl dan tenat dgn masalh..akhirnye kuala langat, Banting mnjadi destinasi terakhir kami di postkan...Alhamdulillah dalam keredhaan mnerimanya ade sdikit ktakutn dlm diri mmndangkn tmptnye agk jauh dan mncabar
perjuangan saya di daerah ini sbg ketua unit undang2 keluarge...sbg pndaftar nikah,rujuk,cerai..mslh nikah luar ngra dsbgainya...pendek kata sgl hal bkaitan undang2 kekeluargaan Islam mnjadi tgjawab sy...agk berat tgjwb yg sy galas...terkadang hati kecil sy berdetik..mampukah saya..mgendalikan org2 bwhn yg jauh lg senior dari sy..namun sy sntiase igt psanan kp jakim..wlupun kte sbg ketua..igtlah kita adalah org baru dan sentiasalah bertanya pd org2 yg lme...

wlu apepun sy trime setiap ketentuan dgn hati yg terbuka krn yakin setiap apa yg Allah berikan adalah bersesuaian dgn kemampuan sy...wlupun klu didgr agk janggal bg seorg yg blom berkahwen utk mberikn kaunseling dan khidmt ncht kpd insan2 yg sdh berumhtge...nmun apepun..sy akn cbe bljr dr bwh..mggunakn setiap inci ilmu yg sy pelajari sms mnuntut di Universiti dulu...

mg sy trus tabah dlm mnjalani cerminan universiti kehidupan ini....mnjadi pkerja yg amanah...ketua yg mnjaga kbjikn ank buahnya...plg ptg siapapun sy di mata mnsia..sy mahu mnjadi hamba yg sntiase taat pd khaliqnya...sy mahu mnjadi hmba yg hebat di mata DIA....yg mnerima tiap ketentuan dgn hatiyg redha...

smpi cni dlu, skdr coretan di pagi yg hening...skjp lg sy perlu ke ptrajaya myelesaikn urusan pasport sy...smpi jmp lg..hati2 bw hati..mg Allah sentiasa merahmati perjlnn hdup kte semua...siirualabarakatillah....