Isteri yang membahagiakan suami
Part I (Bahagian 1)
Menyambut kepulangan suami dengan senyuman dan (1)wajah yang ceria, ditambah pula keikhlasan si isteri (2)berhias dan berwangian pasti melunakkan jiwa dan menggembirakan hati si suami yang dalam kepenatan seusai kerja atau berpergian yang lama.
Daripada Abu Dzar r.a.
katanya Rasulullah s.a.w berkata kepadaku: “Janganlah kamu menganggap
remeh dengan kebaikan yang kecil, kerana kebaikan yang kecil itu pun akan diberi pahala termasuk menunjukkan wajah yang ceria ketika bertemu dengan saudaramu.” HR Muslim.
Kenapa berhias?
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah Maha Indah dan menyukai keindahan.” HR Muslim.
Ungkapkan kata-kata yang menggembirakan hati suami (Suami ya, bukan lelaki lain) dengan (3)suara yang lembut
dan sedap didengar – bukan dengan tempikan atau jerkahan, insha Allah
bahtera yang dilayarkan itu sentiasa dalam keadaan aman. Pepatah Melayu
ada berkata, bagaimana mahu menambat hati suami kalau bukan dengan (4)masakan isteri bukan bibik ? Menyediakan hidangan dengan penuh perhatian, keikhlasan serta kasih sayang insha Allah mampu mengeratkan ikatan.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada salah seorang kamu yang bekerja dengan berhati-hati.”
Kenapa suara yang lembut kepada suami sahaja?
“Janganlah kamu melembutkan suara ketika berbicara sehingga boleh
menimbulkan hal yang tidak baik kepada orang yang ada penyakit di dalam
hatinya. Tetapi berkatalah dengan kata-kata yang baik.” [al-Anfal 8:30]
salam gan ...
ReplyDeletemenghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !