Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Aku ingin mencari keRedhaan ALLAH S.W.T,Aku bukan ingin mencari keRedhaan MANUSIA"Berjuang itu memang pahit,Kerana syurga itu Manis"
~yakin pada Allah bknlah mengharap terkabul segala hrpn..yakin pada Allah bkn mgharap keindahan nikmat..yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pd ketentuanNya..rasa bahagia dgn ujian walaupun perit..disitu air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka..indahnya tarbiyah Allah..tersirat rahmat dan ujian..diuji kita sbg tanda sygNya..~
Followers
Monday, 14 June 2010
10 PETANDA YG SI DIA JODOH ANDA
Sunday, 13 June 2010
Nuffnang oh NufFnang
Okla pgi ni cik nur nk share ckt psl pe2 nuffnang ni..pada entri smlm rmi yg btanyakan pe tu nuffnang..rupenye bkn aku sorg jela xtaw..de rmi jgkla blogger2 kt luar yg blom taw pe2 nuff ni..so aku share la ckt pe yg aku taw ttg nuffnang ni sbb ade yg bertanya...aku mmg bkn pakarla..klu nk lbih detail knela tny otai2 yg dh lme berkecimpung dlm bidg ni..hehe
Nuffnang? Anda pernah dengar tentang Nuffnang? agak2nye pe2 ek??Kalau tak pernah dgr, ni cik nur nk mkenalkan ckt sbykla tentang Nuffnang. Nuffnang ni adalah sbuah syarikat yang bertindak sebagai platform untuk menyiarkan iklan-iklan yang telah diberi kepadanya.pendek kte syarikt iklan la yer....
Sebagai contoh celcom nak buat promosi tentang broadband yang terbaru ke...kemudian syarikat ni akan bayar sejumlah wang kepada Nuffnang untuk membuat iklan pada blog-blog yang wujud di Malaysia termasukla blog korg... Apabila iklan tu wujud maka bermakna iklan tengah dipasang di blog anda. Kalau takde? Nuffnang tak pasang kat blog korang lah maksudnya.
Biasanya pada blogger baru iklan tu kejap ada kejap takde. Kadang-kadang pada waktu malam baru wujud. Rasanya kalau tak silap satu iklan di klik akan mendapat RM 0.25 sen kalau tak silap lah. cik nur pun xtaw sgt..Mungkin rendah sikit kot? Cube kalau 30 orang sehari ?kirela sdiri yer bpe... Baru sehari tu. dan bila da cukup RM 50 anda bolehla mtk cek dari Nuffnang.
pe lg bg rkn2 blogger yg blom de cik nuff ni cpt2la sign in...sngf jer..klik jer dkt nuffnang org pas2 sign in..pas2 paste kt dlm blog korg kod yg dihtr pd email..bkn pe..smbil berbloger..dpt gak earning..okla rsenye tu jela yg cik nur nk share pgi ni..mge sdikit sbayk dpt tolong bg info pd diorg yg xtaw kt luar tu..ok jmp lg..cik nur nk msk lab plak pgi ni
Saturday, 12 June 2010
Apa ke bendela NUFFNANG ni??kueh ke??
smpila kwn aku si datin ni habaq kt aku....nk tergelak pon ade...slm ni xpnh nk amik taw pon..sll bkk blog kwn2 tulis kt shotbox traffic,,,nokia,,,celcom..pekebendela diorg aku pk..plik aku...brula aku taw pe sbnrnye cik nuff ni..jakun jgkla kirenye aku ni kan...haha...blajr je tgi..tp xpnh nk amik taw bnde2 mcm ni..so pgajaran kt cni ke jgnlah amik remeh sesuatu perkara..sape taw kan bnde tu blh mndtgkn mnfaat pd kte..
Jom imarahkan bulan Rejab..
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
inilah sedikit sebanyak yg cik nur dpt kongsikan..cik nur harap marilah sme2 kita imarahkan bulan Rejab ni yer...bkn pe..sbg bekalan bertemu pemilik cinta agung kte sume...ok..siirualabakatillah...salam.
.
Friday, 11 June 2010
Mencari Cinta
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Kandil cintaNya menerangi jiwa
Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku mencari cinta
Oh! Kusangka teguh
Kiranya masih rapuh
Kusangka mudah namun amat payah
Kusedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku diselimut cinta
Cinta agung-Nya
Sekian lama diri terbiar kehidupan terabai
Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi
Cinta agung-Nya
Sekian lama diri terbiar kehidupan terabai
Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi
Thursday, 10 June 2010
mjlis perkahwinan my bro...
abg aku ni kawen ngn org ganu gak...dlm sejam perjlnn jer dr dungun..akula org yg bertggjwb wt hntrn ni..wlupun aku xla skreatif dan inovatif sgt..tp rmila ckp cntikla aku wt hntrn..bbunge ati ble org puji..hihi..pepun meh kte lyn gmbr2 yg sempt dcaptured...
Ya Allah..Ya Rabbana..ya Muhaimin..
cintakanlah hamba pd seseorang
yg melabuhkan cintanya kepadaMU,
agr bertambah kekuatanku utk
menyintaiMU...
Ya Muhaimin, jika hambamu jatuh hati,
izinkanlah ku menyentuh hati seorang
insan yg hatinya tertaut padaMU agr
tdk terjatuh diriku dlm jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana, jika hambaMU merindu,
rindukanlah diri ini pd seseorang
yg merindui syahid di jalanMU...
Ya Allah, jika hambaMU menikmati
cinta kekasihMu, jgnlah kenikmatan
itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga
malam terakhirMU...
Ya Allah, jika hambaMU ini
jatuh hati pd kekasihMU,
jangan biarkan diriku tertatih
dan terjatuh dlm perjalanan
panjang menyeru manusia kepadaMU....