aku hanyalah seorang pengembara di bumi Allah yg fana..
~yakin pada Allah bknlah mengharap terkabul segala hrpn..yakin pada Allah bkn mgharap keindahan nikmat..yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pd ketentuanNya..rasa bahagia dgn ujian walaupun perit..disitu air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka..indahnya tarbiyah Allah..tersirat rahmat dan ujian..diuji kita sbg tanda sygNya..~

Followers

Monday, 8 February 2010

JaNgANLah Lalai


Kehidupan yang sementara ini, andainya kelalaian yang menjadi pilihan, nescaya setelah ia berlalu pergi, yang tinggal hanyalah penyesalan. Lihatlah ke dalam dirimu, dari mana asal usulmu. Hakikat tidak dapat dinafikan, bahawa sesiapa yang kenal hakikat diri yang diciptakan, pasti merasai kehadiran Dia yang menciptakan.

Namun, yang lalai terus lalai, kerana tidak mahu memilih untuk sedar dari kelalaian. Ambillah waktu barang sesaat dua, untuk merenungi hakikat diri yang berasal daripada “tiada”, lalu diadakan oleh kasih sayangNya, namun dengan kasih sayang itulah kita akhirnya melupainya.

Siapa sangka, dunia ini hanya sementara…

Semua orang yang terus leka, tanyakan kepada mereka, adakah mereka tahu kehidupan dunia hanya untuk seketika? Kalau jawapan mereka: “Ya, kami tahu dunia ini sementara”, namun bagaimana secara realitinya, memberi jawapan yang berbeza. Bukankah orang yang tahu bahawa dia hanya singgah di suatu tempat, akan bersiap untuk berangkat, dan tidak lalai di persinggahan yang tempohnya singkat?

Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan, bahawa kita hidup di dunia ini sebagai perantau yang mengumpul bekalan, atau sekadar selaku pengembara yang singgah berehat di bawah pohonan. Janganlah lupa akan pesan Junjungan.

Kita yang semakin hari semakin mengumpul dosa yang menggunung, bagaimana layak untuk pulang ke hadrah Allah yang Maha Agung. Amalan yang dilakukan pun masih banyak yang perlu ditampung sedangkan usia kita semakin menuju angka “kosong”. Bagaimana saban hari kita terus sombong dengan hakikat bahawa kita di dunia ini sekadar menumpang?

Hidup ini tempat kita menunaikan kehambaan kita kepada Tuhan s.w.t.. Percayalah duhai teman, kematian itu bukanlah suatu fantasi atau cerita dongengan. Janganlah berdolak-dalih dengan nafsu yang menyesatkan, tatkala kita melihat saban hari jenazah dikebumikan. Ke mana mahu lari wahai diri yang penuh kehinaan. Tidak cukupkah dengan kelalaian demi kelalaian.

Allah s.w.t. sentiasa memberi para hambaNya akan peluang untuk kembali kepadaNya. Allah s.w.t. sering menyampaikan pesan dan mengetuk pintu hati manusia yang terleka agar kembali mengingatiNya. Allah s.w.t. sentiasa menjanjikan keampunan kepada sesiapa sahaja yang ingin bertaubat kepadaNya biarpun membawa segunung dosa. Nah, ianya terpulang kepada kita, samada untuk terus leka, atau mula melangkah menujuNya.

Kita lihatlah sahaja di segenap ruang dunia. Yang datang dan pergi silih berganti. Dalam satu hari, ada yang lahir dalam masa yang sama ramai pula yang pergi. Carilah Allah dalam pertukaran malam dan siang dan dalam peredaran masa dan hari. Nascaya hati kecilmu akan memberi isyarat halus, bahawasanya DIALAH ALLAH, yang sentiasa berintarksi denganmu melalui segenap alam ini.

Hidup ini, impian yang pasti adalah untuk kembali kepada Tuhan semesta alam ini. Tugas yang hakiki adalah untuk meralisasikan makna kehambaan dalam diri. Kalau anda fahami makna ungkapan ini, maka, langkahkanlah kaki dengan langkah yang murni. Tumpukan sepenuh hati hanya kepada Ilahi. Semoga dengan ini, kita dirahmati

Saturday, 6 February 2010

Warkah buat calon zaujku...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..selawat serta salam buat junjungan mulia kekasih teristimewa.....
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang jarang kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,” Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
Calon zaujku,
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh keluarga yang disayangi. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ... "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21) Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua ibu dan ayah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ... ”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160) Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul, " Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih) Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh. “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1) Calon Suamiku yang dirahmati, " Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34) Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah. Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata.Jterlalu Ketahuilah, Benar?! aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini. Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan. Wassalam .::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::. ~tulang rusuk kirimu~ pertemuan... menghadiahkan kita kasih sayang... jika cinta satu pasti bertemu... ia tidak ternilai... kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalah cinta kasih Ilahi... kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita... jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi... biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu...berpisah tak gelisah...

JaLaN2...di AlaManDa...

arini sabtu 6hb feb 2010..cbe teke ktorg p mane??hehe..jalan2la..releasekan tension wt tesis ni..cian kt cik aisha kte ni..slalu ajk kakak die ni kluar..bru arini bpeluang bwk awk jln2..sori k shah..akk bz ckt..taw2 jela..nk ciapkan tsis prlukan mujahadah yg sgt tgi right???

smptla shoping jap dkt alamanda putrajaya ngan aishah..first ktorg p big apple..oleh krn cik aishah kte ni ske sgt ngan big apple ni..so kte lyn jela..

pastu bermulala rondaan kami sambil mcuci mate di alamanda ni..lps satu kdai satu kdai ktorg tawaf..cam biase jela klu shoping xsah klu xmsk watson ke..walk in ke cri kasut or plg ptg p MPH book store..crila mne2 buku yg bkenan di hati..hehe..xla bli buku pon coz mgu lps bru jer msk MPH ni..

pas2 ade org wt psembahan smpena chinese new year..tgkla kejap smbil duduk2 mkn aiskrim mcd..nyum3..oleh krn scholarship jpa lom lg msk..so kami berpada-padala dlm berbelanja..last skali b4 balik tmn aishah p bli kfc lak..


Demikianla rondaan kami arini smpena mereleasekan ketensionan kami blaja master ni..hehe..smptla kami dok men snap2 picture..xde keje laenla ktorg ni..pepeun lyn jela bdk2 yg nk kte xmatured..tp sume dh bsr pjg..haha..ni jela keje ktorg weekand..esok menapakla plak dkt lab...xdeke org nk ajk kluar lg..hehe..PEACE:-)

Friday, 5 February 2010

~Bila keBosaNan meLanda~

Pnt sgt arini..sehari dekat lab..nk diceritekanla...mse dok je wt keje..jmpela sorg bdk ni yg sengal..ha...ha..sape yek??Aisyah..jgn marh yer, akk gurau jer..
dlu mse time degree ktorg ni mmg ske snap gmbr..mklumla ktorg kan group vvip..so skrg tgl 3org jer yg sbg master..lg 2 dh mula keje..so mne2 je pgi..slalula jmpe muke ni..hehe..xde mke len da..
ktorg pon pe lg..dhla lps lunch..mate pon dh mule layu..dokla main2 snap gmbr..haha..profla jd mgse kne amik gmbr ktorg hehe..nk wt cmne ble kesengalan dan kebosanan mlnde...blik je lab ikut pusaneka..tp ari ujan..dokla meronda2 di pusaneka...dok ngah ronda2..jmpe lg bdk comel ni..ish2..pjg btol jodoh ktorg ni..hehe..dokla tmn die shoping kt pusan tu..akk yg jual tu ckp die ngade2..sbb tu dpt bli ngn hrge murah..haha..die ni mmg mnje ckit..nk bli sepit rambut pon die blh goda akk tu..nsib baik akk yg jual..klu laki aku xtawla..hehe..okla sekian jela entry tok kali ni..nk lyn facebook plak..sorila klu entry kali ni xilmiah..hehe..sbbnye otak ni dh pnuh di siang hari..ish2..tgk aisyah tu khusyuk bce buku..hehe..



Tuesday, 2 February 2010

Warkah buatmu akak...

malam ni rse very2 bored..xtaw nk wtpe..keje byk..nk edit buku ustaz lg..tesis lg..tp disebabkn kmlsn yg mlnde..so aku tbe2 tringat dkt akk aku yg sorg ni di k.b..dia ni like my ummi..seorg yg blh mbuatkn aku mnitiskn airmate ble bbicara dengannya...huhu..syg akk..
so dikesempatan ygade ni aku nk ucapkn tme ksih sgt2 kt die...syukur kehadratNya kak..muga baki usia yang ada memberi kita ruang dan peluang agar bila kita kembali nanti mbawa pahala berganda dalam redhaNya yer kak..sekali lagi kak....terima kasih pada persahabatan ini..ianya cukup bermakna tuk wardah......
PERSAHABATAN ADALAH ANUGERAH MEMBUAT KITA TERTAWA,MENANGIS, MENERIMA DAN MEMBERI. YG PALING PENTING, IA MEMBUAT KITA MENGHARGAI HIDUP. JADILAH SPT EMBUN YG TUNDUK MENITISKAN KASIH SAYANG, SETIA MENYIRAMI KALBU KEGERSANGAN DGN MUTIARA KESABARAN DAN KACA KEBENARAN. LIFE CAN GIVE U A HUNDRED REASONS TO CRY BUT YOU CAN GIVE LIFE A HUNDRED REASONS TO SMILE.
Teman sejati mungkin bukan yg slalu dkt di mata, dekat bicaranya, ttp dia yg setia di hati dan diingati dalam setiap bisikan doanya kan kak...jadikanlah permulaan hari ini kebaikan dan pertengahannya keberuntungan serta akhirnya kejayaan. Sama-sama kita berlindung denganNya dunia dan akhirat,Yang Maha Pengasih lebih dari mereka yang berhati kasih.moga dlm meniti baki2 usia yg ada, kita dlm inayah, berkat, rahmatNya..moga akhirat yg kita dambakan bersalut dengan iman yer kak..
That's alld from wardah tuk akk..ade mse jmpe lg yer kak..illal liqa'..siiru ala barakatillah...


Saturday, 23 January 2010

Tabahlah Wahai adikku...

harini rsenye agak sedih...pagi lepas jumpe paksu kt fak bg ubat tuk maksu, aku ke libraray..tmpt biasela ku tuju hari2 minggu cam ni...tgh dok mnaip msj..dpt satu ym dr Nadia..k.kausar, ayah c.t dh mninggal pagi td...innalillahiwainnailaihirajiiuun...
rse nk mgalir kt ctu jgk airmate..tp kutahan...klu aku mnangis, bgaimana pula agknye dgn c.t...
fikiranku melayang ke bumi Jordan...bagaimana agknye keadaan adikku kini..dulu tanpa ibu, dan sekarang ayah pula dipanggil ke pangkuan Ilahi...segera ym ku hantarkan pd c.t...salam takziah dari akk, kuatlah wahai adikku...c.t membalas syukran jazilan kak, doakan sy kuat yer kak lalui semua ni..
ya Allah kau tabahkan hati adikku ini ya Allah...hakikat yg perlu kita trime sbg manusia yg bnama hamba...setiap yg bnyawa..pasti akan mnemui ajalnya..
dikesempatan yang ada....muhasabahlah diri kita...syukur kehadratNya.....moga baki usia yang ada memberi kita ruang dan peluang agar bila kita kembali nanti .....mbawa pahala berganda dalam redhaNya yer dik.....
so pesan akak, selagi kita ada Dia...kuatkn semangat.....terimalh ketentuan dalam redha dan berlapang dada....ingatlh nikmatNya yang banyak untuk kita.....insyaAllah doa ank yg soleh sentiasa bersama mereka...bknkh itu yg tgl bila perginya ank adam mninggalkan bumi yg fana ini..pohonlh padaNya dik....cobaan dtg dlm banyak bentuk......bukankah Dia Penguasa segala.....baik di bumi jua di langit!....
kita hanya musafir di sini....akhirat jua kekal nan hakiki....kejarlah kecintaanNya dik.......tanpa memerlukan cinta insan....melainkan membawa kita padaNya....kekadang kita melihat hijaunya laman org lain....gersangnya pelantaian kendiri....benarkah dik?.....kita meratap sesuatu yang hilang dr tapak tangan......apakah kita layak dik?waima......apakah kita musafir istemewa yg bila kembali , tegak berdiri dipandang Khaliqnya???? kitakah itu adikku?............
percayalah adikku......siapa yang yang mendapat ALLAH.......dia telah mendapat segala-galanya....insyaallah
yang lemah itu diri ini, yang hebat itu Dia...maaf atas sebarang keterlanjuran.......hati2 selalu dan tenang untuk mnruskn cerminan universiti kehidupan
walau di mana dan dalam keadaan apa pun mudah2an dalam rahmat dan pelindunganNya sentiasa.....selagi kita ada Dia....takut...harap dan cinta ......takkan kering dan habis kasih sayang kerana Dialah Maha Kuasa pencipta seisi bumi dan langit.....maha pengampun, pengasih lagi penyayang yer dik...i.Allah awk kuat...al-Faatihah..mg disana mereka ditmptkn bsama org2 yg soleh...

Thursday, 21 January 2010

RiNDu

tiba2 aku teringat pada sahabat2ku
terlalu rindu pd gelak tawa mereka
ntah apa khabar mereka skrg
msg2 sdh mbawa haluan
melakar warna khidupan
di sini kutitipkan buatmu sahabat2ku
yg sering mengingatkanku erti sebuah pertemuan
yg tidk lokek dgn nsht tika aku kebuntuan
yg sllu meredekan tika aku dlm tangisan
sungguh aku merindui kalian..
disni kutitipkan sajak buatmu sahabat2ku wlu di bumi mana kau berada

Aku terlalu rindu
Jiwa ku penuh dengan sendu
Menahan sakit rindu yang tidak tertahan
Ingin kucurah namun hajat tak kesampaian

Setiap hari rindu ini kusulam
menjadi bunga kasih di dalam jambangan
tersimpan rapi …bila ingin kusentuh, kukata “jangan”
kerana rindu itu adalah rindu terlarang

Sahabat
dayuskah aku menyimpan rindu?
Pengecutkah aku memendam rasa?
Jangan hadiahkan senyuman sinis mu
Jangan berikan pandangan hina mu
Kerana aku takut pada Tuhanku
Kerana aku takut mendekatkan zina pada diriku
Kerana aku gengam bara syariat hingga bertukar menjadi abu

Hidupkah lagi rindu di hati mereka yang berpacaran?
Masih adakah lagi rindu pada mereka yang sudah puas dengan kemaksiatan?
Indahkah lagi rindu bagi mereka, yang tidak peduli halal haram?
Maka disitu wujudkah cinta yang katanya ingin mencari redha tuhan?
Jauhkan aku dari semua itu wahai tuhanku,
Kuatkan aku yang berada di persekitaran hamba-hamba-Mu yang dahagakan cinta terlarang itu
Biar rinduku terlerai disaat yang haram menjadi halal
Biar rinduku terluah disaat ikatan perkahwinan sudah bersimpul mati

Hiaskan sabar pada rinduku, ya Allah
Indahkan ia dengan ketaqwaan, ya Allah
Moga rindu itu hidup dihati ini
Rindu itu hidup kerana-Mu
Agar bila disatukan,
aku berada di dalam rahmat dan keredhaan-Mu
Agar bila ditakdirkan tiada ikatan,
Aku redha dengan ketentuan-Mu

Ya Allah,
Engkaulah yang mengetahui rindu itu hidup di hati ini
pada hamba-Mu yang sentiasa merindui-Mu.

(Adakah KITA merindui-Nya?? Tepuk dada tanyalah iman kita?)